Home » info » Kabar Terbaru 1 Oktober 2020 Situasi Pulihnya Wabah COVID-19 di Malaysia

Kabar Terbaru 1 Oktober 2020 Situasi Pulihnya Wabah COVID-19 di Malaysia

STATUS TERKINI KASUS DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberitahu bahwa terdapat 47 kasus yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kasus yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 kini melebihi 5 angka, yaitu sebanyak 10,014 kes (87.2% dari jumlah keseluruhan kasus).

STATUS TERKINI KASUS COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 1 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 260 kasus baru yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah data kasus positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,484 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,334 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 260 kes terbaru yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan bukan warganegara mengembara dari negara:

  • United Kingdom: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

130 kes adalah warganegara Malaysia dan 129 kes adalah bukan warganegara. Dari 259 kes tersebut juga, sebanyak 31 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 119 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 118 kes
    • 74 kes daripada Kluster Laut yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara;
    • 11 kes saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • 10 kes daripada Kluster Benteng LD yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • 10 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Enam (6) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bakau yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Sakong yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Joo Hwa yang melibatkan bukan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan rujukan ke hospital yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan pra pembedahan yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan masuk kerja yang melibatkan bukan warganegara.
  • Kedah: 98 kes 
    • 88 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok yang melibatkan 35 kes warganegara dan 53 kes bukan warganegara;
    • Lima (5) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11212 yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Tiga (3) daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Ketil yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 13 kes
    • 12 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11251 yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: 13 kes
    • Sembilan (9) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara;dan
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Selasih yang melibatkan warganegara.
  • Johor: Lima (5) kes
    • Empat (4) kes daripada Kluster Bakawali yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kessaringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Selasih yang kesemuanya melibatkan warganegara. Satu (1) kes mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Terengganu: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Perlis: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Pahang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 20 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kesmemerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 136 kes (1.18 % dari jumlah keseluruhan kes).

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di:

  • Selangor (1 kluster);
  • Sabah (1 kluster);
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kluster); dan
  • Kedah (1 kluster).

KLUSTER JALAN MERU, SELANGOR

Kluster terbaru ini telah dikenal pasti di Klang, Selangor. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11148) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 30 tahun. Kes mula bergejala sejak 24 September 2020. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 29 September 2020 dan kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga (3) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Jalan Meru dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Semua kontak rapat sedang dikenal pasti dan saringan sedang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat.

KLUSTER JOO HWA, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Tawau, Sabah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-10273) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 31 tahun. Kes mula bergejala demam dan batuk sejak 14 September 2020. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 20 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan empat (4) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Joo Hwa dikenal pasti. Kes positif dalam kluster ini melibatkan empat (4) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

Sehingga 1 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 126 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Lima (5) dikesan positif COVID-19;
  • 11 individu dikesan negatif; dan
  • 110 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

KLUSTER SELASIH, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11134) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Kota Kinabalu, Melangkap dan Kundasang, Sabah pada 13 hingga 20 September 2020 dan 24 hingga 27 September 2020. Kes mula bergejala demam dan batuk sejak 25 September 2020. Kes tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada 27 September 2020 dan saringan COVID-19 dikesan positif pada 28 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam (6) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Selasih dikenal pasti. Enam (6) kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sehingga 1 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 28 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Tujuh (7) dikesan positif COVID-19;
  • Lapan (8) dikesan negatif; dan
  • 13 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

KLUSTER BAH KETIL, KEDAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Baling dan Langkawi, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11129) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 39 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau, Sabah pada 17 hingga 21 September 2020. Kes bergejala batuk dan sakit otot bermula pada 24 September 2020 dan mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Sungai Petani, Kedah. Saringan COVID-19 kes indeks dikesan positif pada 28 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan lapan (8) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Bah Ketil dikenal pasti. Kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Langkawi, Kedah untuk rawatan.

Sehingga 1 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 252 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

KES HARIAN COVID-19 YANG KEDUA TERTINGGI PERNAH DICATAT DI MALAYSIA

Untuk makluman semua, Malaysia pernah mencatatkan kes COVID-19 tertinggi pada 4 Jun 2020 iaitu sebanyak 277 kes, yang mana 270 kes adalah di kalangan bukan warganegara daripada Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil. Dengan 260 kes positif COVID-19 dicatat pada hari ini, ianya merupakan kedua tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia setakat ini. Ini sememangnya angka yang amat merisaukan. Bilangan kes ketiga tertinggi pula dicatat pada 26 Mac 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1, iaitu sebanyak 235 kes yang terdiri daripada penularan di dalam negara yang melibatkan

  • 27 kes import; dan
  • 208 kes penularan di dalam negara yang melibatkan 157 kes warganegara Malaysia dan 51 kes bukan warganegara.

Jika dilihat pada peningkatan kes mutakhir ini, ianya tertumpu di dua buah negeri iaitu Sabah dan Kedah. Namun kini terdapat juga kes-kes dan kluster-kluster baharu yang dikesan di negeri-negeri yang lain.

KKM mengambil maklum pengumuman hari ini oleh Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di seluruh negeri Sabah yang akan berkuatkuasa mulai jam 12:01 malam 3 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020. Pada masa yang sama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuatkuasa seperti biasa.

Diharapkan pendekatan yang lebih agresif ini akan membantu mengawal situasi penularan COVID-19 di negeri Sabah. Pada masa yang sama, KKM dan agensi-agensi berkaitan akan berusaha sedaya upaya bagi mengawal penularan COVID-19 di seluruh Malaysia. Kerjasama semua pihak adalah amat-amat diperlukan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : yaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

(Kutipan Laporan TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Oktober 2020 @ 5.00 petang waktu setempat.)

*Sebagian besar #info berbahasa Melayu, namun WNI di tanah rantau Malaysia insyaAllah telah memahami kosa-kata tersebut.

Walhamdulillah, Kami di Kuala Lumpur tetap menjaga diri dan keluarga untuk mematuhi norma baru ; Selalu bekerja dari rumah dan tidak keluar rumah untuk sesuatu yang kurang urgen, Senantiasa mencuci tangan dan mengukur suhu tubuh ketika memasuki suatu premis, Menjaga jarak aman dengan teman-teman (jarak antar-individu minimum 1,5 m), serta selalu menggunakan masker ketika berada di luar rumah.

Semoga pembaca semuanya sehat jiwa raga, tetaplah saling doa, makan nutrisi bergizi, rajin olahraga, dan tetap optimis dalam suasana wabah pandemi ini, Semoga Allah SWT meridhoi aktivitas kita, Barokallohufeekum….

(@bidadari_Azzam, KL 1 Oct 2020)

Check Also

KTT Islamofobia Kanada Serukan Tindakan Nyata

TRENTON – Lebih banyak pekerjaan harus dilakukan untuk mengurangi kejahatan kebencian dan kekerasan yang terkadang ...

Tinggalkan Balasan

%d blogger menyukai ini: